06 Julai 2012

10 tips kecantikan yang boleh diikuti semua :)

assalamualaikum ? hee , mesti ramai suka entry ni kan ? :) okay , harini faten nak kongsi 10 tips mengenai kecantikan . hee , cekidauttt ! :p 
  1. banyakkan  minum air suam atau mineral :) dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuangkan toksin dalam badan , menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan . senang kan ? :)
  2. bersenam :) baik untuk kesihatan . elok untuk rohani :) jangan malas untuk bersenam ! lepas bangun tidur , cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan kembali peredaran darah .
  3. jangan merokok ! merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan :)
  4. tidur yang cukup :) jangan syik berjaga diwaktu malam . tak elok tu ! waktu malam kan dikhaskan untuk tidur . tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam . 
  5. pada waktu malam , benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang makeup . kulit juga perlu bernafas . jangan biarkan sisa-sisa makeup melekat dimuka ketika masuk tidur . 
  6. makan yang cukup tapi bukan berlebihan . jangan sebab nak kurus , anda rela berlapar setiap hari . cara yang baik : makan ketika lapar , berhenti sebelum kenyang :)
  7. luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun , sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih dirumah :) tak semestinya di salun , anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri dirumah . jika rajin , cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga :) bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan ! 
  8. elakkan stress ! :) stress mempercepatkan proses penuaan . nikmatilah muzik lembut di bilik bagi meredakan ketegangan . 
  9. don't worry be happy :) anggaplah diri anda hebat dan cantik , pasti anda kelihatan hebat :) jika kita yakin dengan diri kita , tentu penampilan kita pun cantik :)
  10. ketawa penghibur duka ! jadi , ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-2 :) jangan memonyokkan diri atau menarik muka masam . anda hanya menambahkan kedutan di muka ! :p 
heee , jangan lupa cuba tau :) cara ni tak susah mana pun . hihi :p 

terima kasih kerana sudi baca blog faten :)

1 ulasan:

  1. info yg menarik..done follow kamu..jom follow sha pla :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...