17 Jun 2012

20 tanda apabila lelaki serius dalam percintaan

sometimes , kita susah nak percaya yang si dia betul-2 cintakan kita atau tak kan ? :) okay , malam ni faten nak kongsi entry ni untuk korang yang tengah bercinta tu :p muehehe 
  1. kecantikan kamu diketepikan , keikhlasan kamu diutamakan :)
  2. apabila timbul orang ketiga , dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya :)
  3. si dia akan sentiasa menghantar SMS . walaupun tidak dibalas . ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu :)
  4. si dia sanggup menitiskan air matanya demi kekasihnya . bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan . tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu ? itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu :) 
  5. sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah . sentiasa bersungguh-2 melakukan sesuatu untuk kamu . 
  6. jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel sekiranya setiap masa dia cuba memberikan kamu nasihat . ingat ! nasihat bermaksud mengingati :)
  7. jika sudah sayang , macam-2 akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya . begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu . ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu saja :)
  8. ada juga lelaki yang cepat rasa sensetif dan mudah marah sekiranya apa yang di perkatakannya tidak diambil perhatian , lebih-2 lagi dari orang yang dia sayangi . baginya kamu bersikap acuh tidak acuh . hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-2 , tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain . pasti dia merasa dirinya tidak berguna pada kamu :)
  9. lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-2 kecil semata-2 untuk mendapatkan perhatian daripadamu . si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang kamu sayang . kalau dia merajuk , sesekali cubalah untuk memujuknya :) 
  10. kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu . tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu . 
  11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan , ''you masih sayangkan i ?'' jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan . itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur . sebab itulah , kalimah tersebut sentiasa diulang-2 agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya :)
  12. tidak suka kamu berpakaian seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain walaupun berlengan pendek :)
  13. dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-2 :)
  14. dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga :)
  15. dia mudah berasa cemburu dan sensetif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya :)
  16. dia tidak akan melayan perempuan lain yang tiada urusan dengannya :)
  17. kalau ditinggalkan oleh kekasihnya , ia akan berasa serik dan tidak percaya pada cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya :)
  18. dia tidak suka kamu keluar malam , tanda ingin menjaga pandangan orang terhadap kamu :)
  19. dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya 100 peratus mencintai kekasihnya :)
  20. dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya :)
hargailah lelaki dan terimalah mereka seadanya :) berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki :) FATEN SAYANG ADHA ! 



terima kasih kerana sudi baca blog faten :)

1 ulasan:

  1. nice . tp taktau bila nk ade pakwe lg niy. hewhew . rmai yg saya jumpa semuanya nk A jeeee :( susa susa

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...